profile buddies Mine refresh follow

Disclaimer
about
Hello, I'm Wawa . 17 . Represent to you stories of my life . If you don't like it , go ahead . Take your own risk . =)

Chatting
let's talking



thank you
big clap
Template & design was made by Adam Faiz. Thanks to Michiko for the basecode, & Wanaseobyfor the useful tuto and colourful backgrounds.Please,do not remove the credit.tQ



Ukhuwah Islamiyah
Sunday 9 March 2014 | 0 comments

Ukhuwah itu ibarat satu janji dalam hati . Tidak dapat ditulis , tidak dapat dibaca , tidak seorang pun tahu . Juga tidak berubah dek masa . Sekejap di mata , selamanya di jiwa .

Bismillahirahmanirahim . Kali ni Wawa nak cerita pasal Kem Ibadah yang terakhir mungkin buat Wawa selama Wawa berada di sekolah . Maklum la tahun last sekolah kan lepas ni kalau ada peluang sambung ke Institusi Pengajaran Tinggi pulak . In sha Allah . Sesungguhnya kita merancang Allah yang tentukan . Kem Ibadah tahun ni is the best ever in my life . Never forget this . Akan tetap tersemat di dalam sanubari . Segala ilmu yang akak - akak and abang - abang fasilitator berikan amatlah berharga dan jutaan terima kasih kepada anda semua . Syukran , syukran , syukran .

At first , Wawa rasa hati ni berat je nak pergi kem ni sebab sibuk dengan itu ini . Dengan pertandingan debat lagi , kerja sekolah yang boleh tahan banyak and ujian lisan . Tapi lepas je daripada kem Wawa sedar bahawa sesibuk mana kita ni , kita juga kena ada masa untuk mendekatkan diri kepada Allah . Hati yang selalu inginkan ketenangan . Dengan hanya satu cara sahaja , iaitu dengan sentiasa mendekatkan diri kepada Allah dan mengingati-Nya dalam apa jua keadaan sekalipun .

Dekat kem ni , mengajar kitorang bahawa setiap masalah kita tidak boleh tuding jari menyalahkan orang lain . Tanya diri sendiri dulu dah cukup perfect ke kita ni nak salahkan orang lain . Abang Mustaqim dah terangkan tentang ibadah khusus dan ibadah umum dalam slot Ibadah . And kami di bagi task iaitu ,

Andai kata 10 minit lagi dunia nak kiamat , golongan apakah yang perlu dibawa ke planet baru yang dikatakan seperti bumi dengan menaiki sebuah roket ? Hanya satu golongan sahaja . - Abang Mustaqim

Lepas je abang Mus bagi soalan tu kitorang membuat perbincangan dalam kumpulan . After that kitorang macam berdebat . Masing - masing ingin pertahankan golongan masing - masing . Terasa seronok and puas bila dapat meluah and menghujahkan pendapat kitorang . Tapi sebenarnya golongan apa pon takkan terselamat kerana bila berlakunya kiamat , alam semesta akan hancur . Ya semuanya akan hancur . Bila Allah berkata ' Kun Fayakun ' . Jadilah , maka jadilah ia .

Selepas je abis slot abang Mus , slot abang Alif pulak , iaitu slot Aqidah . Abang Alif ni comel taw and dia suka bercerita . Semua best and ada beberapa tips untuk kitorang . Wawa nak share dengan korang mana taw dapat korang gunakan dalam hidup korang sebab abang Alif cakap bila kita menyampaikan ilmu dan ilmu itu dimanfaatkan oleh orang lain kita akan dapat pahala tu semua . In sha Allah . .


Okay the best part bila malam menjelma . Cite nak best je kan heeee . Bangkit Asal 5 Alam . Yup bunyi cam seram kan tapi memang pon . Malam tu kitorang mengalami 5 alam . In sha Allah korang semua pun akan merasakan juga 5 alam ni suatu hari nanti . Wallahu alam . Nak tahu 5 Alam tu apa ? Okay mula - mula kitorang dikehendaki untuk tutup mata dengan kain . Oh ya before kitorang mulakan aktiviti ni , abang Alif ada ajarkan macam mana nak kuatkan semangat , iaitu dengan cara tarik nafas then telan air liur lepas tu hembus nafas sambil sebut nama Allah . Korang cubalah . Wawa dah buat dan Alhamdulillah berkesan . Wawa ni dah la penakut .

Alam yang pertama , iatu alam rahim . Merangkak dalam keadaan basah seperti suatu ketika kita dalam rahim ibu . Dengan suara bayi yang menangis sedikit sebanyak bulu roma Wawa naik . Then alam kedua , iaitu alam dunia . Kita dekat dunia ni hanya singgah sebentar je . Allah ciptakan kita ni untuk kita beribadah kepada-Nya .Sekejap je tak lama pun . Jalan punya jalan , tutup mata ni . Pergi pula ke alam kubur . Dekat sana kitorang disuruh baring macam mayat tu . Dengan suara akak Shafiqah ' Ma Rabbuka ! ' . Okay time tu jantung dah berdegup dengan laju dah . Suara abang Hanif jangan cerita lah . Pastu sound effect guruhnya sedikit sebanyak takut tu ada . Lepas alam kubur , pergi pulak ke Padang Mahsyar . Direnjis , dijirus air dekat situ . Abang fasi cakap pasal golongan-golongan yang ada semasa di padang Mahsyar . Dan akhir sekali , alam Syurga dan Neraka . Abang Adnan memakai baju putih manakala akak Jannah pakai baju hitam . Abang fasi suruh pilih salah satu daripada diorang then baris belakang diorang . Wawa pon baris la belakang abang Adnan . Habis program dalam pukul 2 pagi . Paling lama dalam sejarah tapi best even terlampau penat . Abang Adnan bagi briefing pasal kenapa pilih putih kenapa pilih hitam . Putih itu melambangkan kesucian dan kebaikan . 

Slot last , explorace . Memang best gila . Abang - abang and akak - akak fasilitator memang sporting . Dah macam Running Man je rasa nya . Lari sana - sini . Itu je . Kitorang nak lagi sebenarnya tapi masa sangat mencemburui kami heee . Hope ukhuwah kita akan kekal selamanya . Semoga dapat berjumpa lagi mungkin dekat Darul Quran ke . Kata jiran hehehe . Akhir kalam , terima kasih sangat sebab sudi share ilmu yang sangat berguna dalam kehidupan kami . Assalamualaikum . . .

- Kita jumpa kerana Allah , kita berpisah juga kerana Allah -


p/s : Please buat lagi ><

FUTURE
PAST