profile buddies Mine refresh follow

Disclaimer
about
Hello, I'm Wawa . 17 . Represent to you stories of my life . If you don't like it , go ahead . Take your own risk . =)

Chatting
let's talking



thank you
big clap
Template & design was made by Adam Faiz. Thanks to Michiko for the basecode, & Wanaseobyfor the useful tuto and colourful backgrounds.Please,do not remove the credit.tQ



My Prince Charming
Saturday, 10 November 2012 | 0 comments


Petang-petang yang sejuk *sebab sekarang musim hujan* dan tak boleh nak keluar pegi jumpa kawan-kawan..so duduklah Wawa di hadapan lappy yang cute nie XD ... petang ni tiba-tiba wawa nak buat senarai ciri-ciri lelaki idaman Wawa a.k.a My Prince Charming wanna be ! :)

Ini semua pasal dah banyak sangat baca novel la Wawa jadi macam nie..siapa yang suka bermimpi di siang hari macam Wawa ni ha macam nilah jadinya..entahla Wawa pon tak tahu nak cakap ape *kalau boleh taknak merepek!* setiap kali Wawa baca novel ~> Mr Khayalan pon akan datang ! *handsome weyh Mr.Khayalan aku* hope dapat jumpa dengan dia suatu hari nanti..itu harapan Wawa..ngeee..STRAIGHT TO THE TITLE ! jeng jeng jeng ! scroll down untuk tahu apa Characteristics of My Prince Charming Wanna be ! XD

First ----> muka macho ! 
       * even Wawa tahu muka Wawa ni tak berapa cantik macam korang tapi setiap manusia mempunyai keinginan kan ? so Wawa hanya insan biasa..yang penting sekali My Prince Charming Wanna be mesti takde misai and janggut..Wawa sangat tak suke bukan ape Wawa geli XP hehhe


gambar nie sekadar contoh je erk .. even die gay dalam video clip Call Me Maybe tapi look at his smile..cair weyh !

Second ----> boleh bimbing Wawa ke jalan yang benar !
            *kalau boleh setiap hari Wawa nak solat berjemaah..'DIA' *My Prince Wanna Be largh * Imam Wawa makmum..dan dia akan sentiasa tegur Wawa if Wawa ada buat kesilapan and the others..yang nie memang Wawa nak sangat ! :D untuk yang nie takde gambar hehhehe..

Third ----> sentiasa berpakaian kemas !
         *yang ni Wawa sangat ambik serius coz entahlah sebab Wawa suka tengok lelaki yang berpakaian kemas lebih-lebih lagi bila ' DIA ' berpakaian KOT or TUXEDO..paling kurang pon KEMEJA la dah buat Wawa suka..suka gila ! hahahah..pernah suatu hari time Wawa pegi mall dekat bahagian baju-baju lelaki *time tu nak beli baju Abah* ade satu patung nie pakai kemeja..and patung nie takde kepala lagi..yang Wawa pelik macam mana Wawa suka dekat patung tu..jeng jeng jeng jawapan sebab Wawa memang suka tengok lelaki berpakaian kemas..heheh *patong pon boleh XP*


huiyoo look ! penoh bergaya and nampak ke'macho'an disitu XD

Fourth ----> romantik and setia  !
           *okay yang nie semua perempuan nakkan..siapa lah yang taknak lelaki romantik and setia.. by the way , dalam arus permodenan yang serba canggih ini *ayat Cikgu Rohaimi >_<* susah untuk dapatkan lelaki yang setia...yang romantik tu bersepah dah sekarang..cuma sikap setia tu je..haish hope ade lagi lelaki yang setia hurmm :D

Fifth ----> kepercayaan , kesabaran dan senang bawa berbincang !
       * ini tersangatlah penting kan..korang mesti tahu bila dah berumah tangga pasti masalah akan ada jugakkan..so perkara ini paling penting jika masalah datang melanda..kalau asyik main terjah je tak baik jugak silap hari bulan boleh jatuh talak ye tak ? *cakap macam tahu-tahu je dush dush dush !* lagipon sabar itu kan separuh dari Iman jangan bertindak nak main terjah je erk kang aku bagi penampaq sat gi memang naya My Prince Charming aku kerjakan heheeh..*belom apa-apa lagi dah emo* well sebagai langkah berjaga-jaga..hehehhe

okay STOP ! Wawa dah penat and berpeluh..al -maklomlah taip dalam bilik..kipas tak pasang..hehe..entry ni berakhir disini ..nanti-nanti kalau Wawa rasa nak cerita something Wawa postkan..InsyaAllah..before that , Wawa nak minta maaf andai kata sepanjang entry nie ade perkataan yang terguris hati korang ke kan ? Wawa minta maaf..yang baik datangnye dari Allah, yang buruk datangnya dari Wawa sendiri :) Assalammualaikum...

p/s : menunggu kehadiran Prince Charming..biarlah masa yang menentukan :D Insyaallah one day..


FUTURE
PAST