profile buddies Mine refresh follow

Disclaimer
about
Hello, I'm Wawa . 17 . Represent to you stories of my life . If you don't like it , go ahead . Take your own risk . =)

Chatting
let's talking



thank you
big clap
Template & design was made by Adam Faiz. Thanks to Michiko for the basecode, & Wanaseobyfor the useful tuto and colourful backgrounds.Please,do not remove the credit.tQ



Malam Yang Indah
Sunday 23 June 2013 | 0 comments

hai awak yang baca blog ni sihat tak ? kalau sihat Alhamdulillah..itu semua daripada Allah :) okay malam ni korang mesti tahu kan malam ni malam apa..ya malam Nisfu Syaaban dimana malaikat mengangkat catatan amalan kita dan membawa lembaran yang baru untuk dicatatkan..di kesempatan ini , saya Nurliyana Najwa binti Suzaimy ingin memohon berjuta kemaafan jika selama Wawa berada di alam blog ini Wawa ada menggunakan perkataan yang kesat dan sebagainya..minta maaf semua =)

Wawa harap semoga Allah mengampunkan dosa-dosa semua orang Islam yang ada di dunia ini..dan akan berlaku perubahan yang lebih baik dari sebelumnya =) Wawa nak share sikit lah pasal Nisfu Syaaban ni..hope korang dapat sesuatu daripada apa yang Wawa share ni =)

Dari Aisyah r.a katanya:Rasulullah SAW sering berpuasa sehingga kami mengira bahawa baginda akan berpuasa seterusnya. Dan baginda sering berbuka sehingga kami mengira beliau akan berbuka terus. Dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa terus sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan. Dan aku juga tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban.
Amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban

i. Memperbanyakkan puasa sunat. 

*Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

ii. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW. 

*Sabda Rasulullah SAW : "Sesiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

iii. Bertaubat

iv. Meraikan malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban di mana sunat ia dihidupkan dengan membaca zikir dan Al Quran kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.

sumber : http://www.islam.gov.my/e-hadith/amalan-amalan-sunat-di-bulan-syaaban

akhir kalam daripada Wawa , semoga kita peroleh keberkatan pada malam yang penuh barakah ini =D
Assalamualaikum semua...

p/s : Demi waktu , dibawah langit-Mu , Ku akui nikmat-Mu ya Allah :')
 

FUTURE
PAST